Friday, January 31, 2014

SKBP telah mengadakan larian merentas desa pada 30 Januari 2014 baru-baru ini. Semua murid berkumpul di padang sekolah dengan dimulai ucapan Guru Besar. Selepas itu, semua melakukan aktiviti memanaskan badan dan larian merentas desa dimulakan pada jam 8.45 pagi.

Wednesday, January 29, 2014

Pada hari Rabu, 29 januari, Sekolah Kebangsaan Bukit Payong telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014. Majlis ini dilangsungkan di Surau Ar-Rayyan SKBP dan dihadiri oleh En. Mohd Noor bin Endut, Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong. Seramai 994 murid menerima RM100 sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan dalam bajet 2014.

Tuesday, January 28, 2014

En. Sulaiman bin Saian, Guru Besar SK Bukit Payong telah menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Ang Meng Siew sempena menyambut Tahun Baru Cina. Semoga Cikgu Ang Meng Siew bertambah ceria dan terus mencurahkan ilmu di SKBP. Beliau merupakan guru yang ditugaskan mengajar subjek Bahasa Cina.
Mesyuarat Guru Bimbingan Daerah Marang telah diadakan di bilik Mesyuarat SKBP pada 28 Januari 2013. Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Penolong Pegawai PPD (Kemanusiaan) Daerah Marang iaitu En. Sabri bin Md. Noor.

Saturday, January 25, 2014

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga SKBP yang menjayakan program gotong-royong pada 25 Januari 2013. Semoga persepakatan sehati sejiwa akan kekal selamanya bagi mengemilangkan SKBP dari semua bidang.

Monday, January 20, 2014


Pada 19 Januari 2014, Majlis Lambaian Perpisahan telah diadakan bagi meraikan perpindahan murid PPKI SK Bukit Payong ke SK Paya Resak. Semua warga SKBP terharu dengan perpisahan ini memandangkan kelas PPKI telah beroperasi di sini melebihi 10 tahun. Semua warga PPKI telah dibawa ke SK Paya Resak dengan menaiki bas. Pihak pengurusan SKBP mengucapkan salam perpisahan dan berharap guru PPKI terus berkhidmat di sekolah baru dengan cemerlang.

Friday, January 17, 2014

Pada 16 Januari 2014, SK Bukit Payong telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pelbagai acara telah dilaksanakan seperti perarakan, ceramah, pertandingan mewarna dan pertandingan bercerita kisah nabi. Perarakan dimulakan di tapak perhimpunan sekolah sehingga ke Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti Ustaz Haji Wan Nik, PDRM, pasukan RELA dan AJK Masjid Surau Haji Mat Zin.
Majlis Penutup Transisi Tahun 1 telah diadakan pada 16 Januari 2014 di dewan kantin sekolah. Majlis ini telah dihadiri para ibu bapa murid tahun 1. Guru Besar, Sulaiman bin Saian menyampaikan ucapan dan penerangan tentang perjalanan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang berbeza dengan sistem KBSR. 

Wednesday, January 15, 2014

Pada 1 Januari 2014 merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014. Semua murid hadir ke sekolah dengan hati riang dan gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan dan guru. Selain itu, pelbagai gelagat murid dapat dilihat terutama murid tahun 1. Bagi guru tahun 1, gelagat tersebut sudah menjadi asam garam yang perlu dihadapi seperti murid yang meraung semasa dalam kelas.
Pada 29 Disember 2013, Mesyuarat Guru Kali Pertama telah diadakan di bilik mesyuarat yang baru diubahsuai. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, En. Sulaiman bin Saian. Dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Pelbagai agenda telah dibentangkan bagi perjalanan sekolah bagi tahun 2014. Diantaranya
                      1. Pengurusan pentadbiran
                      2. Pengurusan Kurikulum
                      3. Pengurusan HEM
                      4. Pengurusan Ko-Kurikulum