Sunday, February 23, 2014

Pada 23 Februari 2014, Pelancaran Program Mentor-mentee telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKBP di dataran perhimpunan sekolah. Seramai 150 orang murid Tahun 6 terlibat dengan program ini. Mereka di bahagikan kepada kumpulan kecil dan dipantau oleh guru-guru yang dilantik sebagai mentor. Diharapkan melalui program ini maka perkembangan murid tahun 6 akan dipacu secara sistematik dan seterusnya membantu meningkat prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan.

Saturday, February 22, 2014

Muhammad Shahrul Naim Tahun 6 Bestari telah berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSSD Marang pada tahun 2014 dalam acara 80 meter lari berpagar. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas atas kemenangan adik Shahrul.


Muhammad Adam Syaruddin bin Ghazali dari Tahun 6 Elit pula berjaya menggondol dua pingat. Beliau berjaya memenangi pingat perak dalam acara lompat jauh dan pingat gangsa dalam acara 100 meter. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Adam kerana telah mengharumkan SKBP.

Tuesday, February 18, 2014

Pada hari ini , 18 Februari 2014, Pihak sekolah dengan kerjasama Agensi Anti dadah Kebangsaan Cawangan Marang telah mengadakan Ceramah dan Pameran Anti Dadah. Program ini dilaksanakan di Surau Ar-Rayyan SKBP.

Mesyuarat PIBG Kali Ke-3 Sesi 2013/2014,SK Bukit Payong telah diadakan pada 9 Februari 2014 (Ahad). Mesyuarat ini dijalankan di bilik mesyuarat dan dipengerusikan oleh Dato' YDP PIBG iaitu Dato' Haji Mohd Zafi bin Abd Razak. Selain itu, Timbalan Dato' NYDP, Dato' Abu Zubir bin Mahfodz juga turut melapangkan masa. Pelbagai agenda telah dibincangkan khususnya tentang Mesyuarat Agung PIBG dan semua Ajk PIBG telah bersetuju menetapkan tarikh Mesyuarat Agung pada 15 Mac 2014 (Sabtu). Perasmian Mesyuarat Agung juga diputuskan supaya disempurnakan oleh YB. Exco Pendidikan Negeri Terengganu.

Monday, February 17, 2014


Pada 13 Februari 2014, sekolah telah dikunjungi oleh Pn. Rohani bt Hussin. Beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Chik merupakan salah seorang DJ di Stesen Radio RTM, Kehadiran beliau ke SK Bukit Payong bertujuan untuk mencungkil bakat murid dan seterusnya merakam suara murid yang terpilih untuk disiarkan di Radio RTM Terengganu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan pihak RTM yang diwakili oleh Kak Chik.

Sunday, February 9, 2014


Warga Staf SKBP telah meraikan majlis ringkas sempena pertukaran PT Pn. Napisah bt Abdullah. Majlis ini diadakan di pejabat sekolah pada 6 Februari 2014. Pn. Napisah ditugaskan di tempat baru iaitu SK Paya Resak bermula 9 Februari 2014. Beliau telah berkhidmat di SKBP semenjak 2002 iaitu lebih kurang 13 tahun. Warga Staf SKBP mengucapkan salam perpisahan.