Wednesday, March 19, 2014

Pada 19 Mac 2014, Unit LADAP SK Bukit Payong telah menganjurkan Kursus Frog VLE yang diuruskan oleh Cg Tengku Rizal dan Cg Azdalina. Kursus ini diadakan di makmal komputer dan dihadiri oleh semua guru SKBP. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada PKG Bukit Payong yang telah memberi kerjasama menjayakan kursus ini terutama kepada En. Amir Hamzah, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bukit Payong.

Saturday, March 15, 2014



Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan motivasi untuk pelajar SK Bukit Payong. Program ini berlangsung pada hari Sabtu, 15 Mac 2014 di Dewan Masjid Bukit Payong. Seramai 60 orang murid Tahun 6 telah terlibat dengan program ini. Pelbagai teknik perkembangan diri telah dilatih untuk mengembangkan keyakinan diri dan motivasi murid. Moga menerusi program motivasi ini akan dapat memberi tambah nilai terhadap perkembangan diri murid ke arah lebih positif.






Pada 15 Mac 2014, Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Payong Kali Ke 27 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis Perasmian dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG,Dato' Haji Mohd Zafi bin Abdul Razak dan diikuti dengan ucapan Guru Besar SKBP. Majlis perasmian Mesyuarat PIBG disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Muhamad Nor bin Endot, Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong. Beliau telah menyampaiakan hadiah kepada 29 pelajar yang mendapat 5A dan 23 pelajar yang mendapat 4A 1B pada tahun 2013.

Friday, March 14, 2014

Solat Hajat UPSR Siri Pertama telah diadakan pada 13 Mac 2014 di Surau Ar-Rayyan SKBP. Murid Tahun Enam bersama ibu bapa telah hadir untuk bermunajat kepada Allah S.W.T. semoga memberi hidayah dan kekuatan rohani menghadapi peperiksaan UPSR dan OTI 1 pada 18 hingga 20 Mac 2014. Selain itu, bacaan Yassin dan solat hajat juga dilakukan dan dipimpin oleh Ustaz Kamaruddin iaitu seorang pensyarah UNISZA Terengganu. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada warga guru dan ibu bapa yang hadir dalam siri solat hajat ini.

Wednesday, March 12, 2014


Program Kem Intensrif Teknik Menjawab Soalan bermula pada 12 Mac hingga 13 Mac 2014 bertempat di Makmal Komputer SKBP. Program ini dirancang oleh Jawatankuasa UPSR yang diketuai oleh Tuan Haji Tarmizi bin Mat Daud selaku penyelaras UPSR. Murid diberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan supaya dapat membantu murid menjawab soalan dengan baik dan tepat. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini.

Tuesday, March 11, 2014



f
Pada 10 Mac 2014, Kursus Kelas Maya telah diadakan di SK Bukit Payong. Dua orang tenaga pengajar dari Top IT telah hadir bagi memberi penerangan dan tunjuk ajar tentang penggunaan smart board. Selain itu, guru juga diberi latihan bagaimana mengakses smart board dengan e book. Diharapkan melalui kursus ini, membolehkan guru-guru menggunakan kelas maya untuk pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik.

Sunday, March 2, 2014

SKBP telah berjaya mengadakan LADAP yang diadakan di Hotel Region Pulau Langkawi. Program ini bermula pada 27 hingga 1 Mac 2014. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah kepada warga SKBP yang telah memberi komitmen sepanjang program ini berlangsung. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada APMT yang memberi sumbangan penyewaan bas sebanyak 3 buah bas.