Saturday, April 26, 2014

MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Kepada guru mata pelajaran Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3..............cikgu-cikgu berkenaan boleh bertindak mulai sekarang memuat turun atau mendownload perisian Modul Perekodan yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui laman web: http://web.moe.gov.my/lp/. Cikgu juga boleh memuat turun perisian Modul Perekodan dalam blog ini. Tindakan segera daripada cikgu-cikgu amatlah dihargai.

Sunday, April 20, 2014


SYABAS kepada ADIB NURUDDIN BIN ZAIDI yang berjaya merangkul Johan dalam kategori Hafazan Lelaki Karnival Majlis Tadarus Al-Quran Dan Festival Nasyid Peringkat Negeri Terengganu. Karnival tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Kuala Abang, Dungun pada 18 dan 19 April 2014. Sekalung tahniah kepada beliau yang telah mengharumkan nama SK Bukit Payong, Marang. Adib Nuruddin akan meneruskan perjuangan dengan membawa panji SKBP, PPD Marang dan JPNT di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Selangor.

Thursday, April 10, 2014

Tanggal 10 April 2014, Khamis, Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu di bawah kelolaan Kelab Guru dan kakitangan SK Bukit Payong. Seramai 29 orang guru yang telah bertukar telah diraikan dalam majlis ini. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru berkenaan yang telah banyak berjasa selama berada si SK Bukit Payong. Walaupun di mana kita berada, talian persahabatan perguruan tidak dapat dipisahkan.

Sunday, April 6, 2014

Jawatankuasa UPSR telah berjaya mengadakan Program Kecemerlangan dan Temu Murni UPSR yang diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong, Marang, Terengganu. Program ini diadakan pada 5 April 2014, Sabtu. Seramai 150 orang murid Tahun 6 telah mengikuti program ini yang dimulakan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh YM Syed Mohd Bakir bin Syed Ahmad, Kaunselor SMA(A) Sultan Zainal Abidin. Murid yang cemerlang dalam OTI 1 juga diraikan dengan menerima medal sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka.