Wednesday, May 28, 2014

Hari Sukan Guru telah diadakan pada 26 Mei 2014, Selasa. Pelbagai acara telah dilaksanakan bagi memeriahkan hari tersebut, Diantara sukan yang diadakan seperti bola jaring dan bola sepak. Hari Sukan guru juga dihiasi dengan acara sukaneka.

Wednesday, May 21, 2014

Tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang telah berjaya mengadakan LADAP masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan. Semoga keberhasilan daripada usaha ini akan memberi nilai tambah bagi memartabatkan lagi mutu pendidikan.

Tuesday, May 20, 2014


Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan LADAP Bahasa Melayu pada 20 Mei 2014 di Makmal Komputer. LADAP ini berfokuskan kepada Penanda Aras Permarkahan Kertas Peperiksaan Bahasa Melayu. LADAP ini disampaikan oleh Tuan Haji Tarmizi bin Mat Daud. Semoga menerusi LADAP ini akan memberi pencerahan yang berguna kepada semua Guru Bahasa Melayu.

Thursday, May 15, 2014

Khamis,15 Mei 2014, SK Bukit Payong menerima kunjungan 2 orang pegawai daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya (BPPDP, Putrajaya) iaitu
1. Pn. Nor Fariza bt Mohd Idris
2. En, Hisham bin Haji Rahmat
Kunjungan pegawai BPPDP ini bertujuan untuk tindak susul dasar pendidikan dan tindak susul pencapaian Bahasa Inggeris UPSR.
Unit UPSR dan Bimbingan SK Bukit Payong telah mengadakan Kem UPSR Siri 1 2014. Kem ini diadakan di Hotel Seri Malaysia Marang Terengganu dan berlangsung pada 14 hingga 15 Mei 2014. Seramai 150 orang murid UPSR sekolah ini telah berkampung dan mengikuti kem ini dengan tekun. Beberapa orang fasilatator jemputan khas telah dipanggil bagi memberi input tentang cara-cara menjawab soalan UPSR secara sistematik dan berkesan. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Tarmizi bin Mat Daud dan En. Bismi bin Mustaffa yang bertungkus lumus memastikan perjalanan kem ini berjalan lancar. Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG SK Bukit Payong yang memberi sebahagian peruntukan bagi menjayakan Kem UPSR Siri 1. InsyaAllah di kesempatan masa lain, Kem UPSR Siri 2 pulan akan dilaksanakan.

Monday, May 12, 2014

Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Payong telah berjaya diadakan pada 8 hingga 10 Mei 2014. Program ini dilaksanakan di tapak perkhemahan Akademik Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai. Seramai 149 orang murid Tahun 6 terlibat dengan program ini. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Akademik Bomba yang bekerjasama menjayakan perkhemahan ini.