Sunday, June 29, 2014






Perjumpaan Ibubapa Murid LINUS telah diadakan pada 23 Jun 2014 bertempat di kantin sekolah. Matlamat perjumpaan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang prestasi pendidikan murid Linus. Tuan Guru Besar mengharapkan murid Linus di sekolah ini adalah sifar. Selain itu, Guru Besar juga telah menjelaskan SARANA di mana ibu bapa dan sekolah memain peranan dalam pembentukan sahsiah murid.

Wednesday, June 25, 2014


Panitia Matematik telah mengadakan Ladap DSKP Matematik Tahun 5 pada 24 Jun 2014. Ladap diadakan di Makmal Komputer dan telah disampaikan oleh Ketua Panitia, Cikgu Salmiah. Semua guru Matematik terlibat dengan program ini.

Monday, June 23, 2014




Pelancaran Bulan Dakwah peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 22 Jun 2014 di tapak perhimpunan. Guru Besar, En. Sulaiman bin Saian telah menyempurnakan pelancaran majlis tersebut. Selain itu, Anugerah Tokoh Murid sempena Bulan Dakwah telah dianugerahkan kepada Adib Nuruddin (6 Arif). Beliau merupakan seorang murid yang aktif dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan bidang agama. Beliau juga telah mewakili Negeri Terengganu dalam Pertandingan MTQ Peringkat Kebangsaan dalam kategori hafazan.

Saturday, June 21, 2014




Pada tanggal 21 Jun 2014, Program Kecemerlangan dan Temu Murni Murid UPSR Siri 2 telah diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd Nor b. Endot, Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong. Murid yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun telah diberi cenderahati sebagai pendorong untuk lebih cemerlang. Majlis ini juga dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, En. Burhanuddin bin Hj Daud. Manakala slot motivasi telah disampaikan oleh En. Sukni Hisyam bin Umar, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Swasta dan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Klinik Kesihatan Bukit Payong yang telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan.

Thursday, June 19, 2014


Pihak sekolah merakamlan jutaan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat Cawangan Marang, Terengganu kerana telah memilih sekolah ini sebagai salah satu sekolah penerima wang zakat. Jumlah wang zakat yang diterima adalah sebanyak RM400.00 dan telah disampaikan oleh En. Badrulshah bin Mohamed, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Marang.

Thursday, June 12, 2014

SK Bukit Payong telah mengadakan LADAP i-THINK pada 12 Jun 2014 (Khamis) di bilik mesyuarat. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mat Al-Huda bin Md Hanafi (Penolong PPD Pengurusan Akademik). Pelbagai pendedahan mengenai i-THINK telah disampaikan dengan jelas dan berkesan.

Tuesday, June 3, 2014

KURSUS i-THINK

KEPADA
SEMUA GURU SKBP

UNTUK MAKLUMAN SEMUA GURU SKBP, KURSUS i-THINK AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA MAKLUMAT BERIKUT:
                              

                                 TARIKH : 12 JUN 2014
                                 HARI      : KHAMIS
                                 MASA PENDAFTARAN : 7.30 PAGI
                                 MASA    : 8.00 PAGI - 2.30 PETANG
                                 TEMPAT: BILIK MESYUARAT
                                 FASILITATOR: EN. MAT AL HUDA (PPD MARANG)

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.


YANG MENURUT PERINTAH

                   TT
SULAIMAN BIN SAIAN
GURU BESAR
SK BUKIT PAYONG