Tuesday, July 15, 2014






Program Tadarus Al-Quran di sekolah ini telah berjalan lancar sejak 1 Ramadhan lagi. Semua murid berkumpul di surau mengikut waktu rehat bagi mengikuti tadarus Al-Quran. Program tadarus ini dipantau oleh guru mengikut kumpulan yang ditetapkan bagi memastikan murid mengimarahkan bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin. Tahniah dirakamkan kepada Panitia Agama Islam dan Jqaf yang merupakan nadi utama program amalan tadarus al-Quran.



Program Semarak Jawi Guru telah diadakan pada 13 Julai 2014 bertempat di makmal komputer. Usaha program ini telah digerakkan oleh unit Panitia Agama Islam yang diketuai oleh Ustaz Ramli bin Yusof. Seramai 70 orang telah mengikuti program ini dengan penuh minat dan menjawab beberapa soalan yang disediakan oleh urusetia. Semoga program Semarak Jawi dalam Bulan Dakwah ini mampu mengembalikan kegemilangan jawi yang suatu masa dahulu merupakan tulisan rasmi di Tanah Melayu.

Sunday, July 6, 2014







Pada 6 Julai 2014, Majlis Aku Janji UPSR telah diadakan di anjung surau ar-rayyan SK Bukit Payong. Seramai 149 calon UPSR telah berikrar dan membaca aku janji di hadapan Guru Besar. Bacaan ikrar ini diketuai oleh Ketua Murid iaitu Adib Nuruddin. Bakal calon UPSR juga telah menandatangani di atas banner Aku Janji UPSR sebagai pembakar semangat untuk menghadapai UPSR nanti. Semoga usaha murni ini akan memberi keberkatan dan dorongan agar murid UPSR berusaha lebih gigih dan berkeyakinan untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR.



Program Penataran Dialog Prestasi UPSR telah diadakan pada 6 Julai 2013 di Surau Ar-Rayyan SK Bukit Payong. Tuan Guru Besar telah memberi penerangan tentang prestasi UPSR dan target UPSR yang perlu dicapai oleh murid Tahun 6. Selain itu, beliau juga memberi harapan yang tinggi kepada bakal calon UPSR supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun 2014.